• Articles
    • Books & Media
    • Journals
    • Databases
    • Databases by Subject
    • Frequently Asked Questions
    • Our Website

    Articles

    1. Peranan program pementoran dalam meningkatkan kejayaan menti: Kajian empirikal amalan komunikasi... 2015

      Nor’ Ain Abdullah; Ismail, Azman; Mohd Fazir Abd Latif; Najihah Omar

      Geografia : Malaysian Journal Of Society And Space, Vol. 11, Issue 10.

      Program pementoran lazimnya sangat menggalakan mentor dan menti mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan meningk... Read more

      Program pementoran lazimnya sangat menggalakan mentor dan menti mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak diselidiki, namun peranan komunikasi dalam program pementoran sebagai pemboleh ubah penentu yang berkesan sering terabai dalam model-model pembangunan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini dikendalikan untuk mengukur hubungan di antara amalan komunikasi dalam program pementoran dengan kejayaan menti. Data primer telah didapatkan dari borang soal selidik yang telah diajukan kepada 136 mahasiswa ijazah sarjana muda di sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Keputusan analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) mengesahkan bahawa kesungguhan mentor mengamalkan komunikasi bersemuka dan terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Bagaimanapun, secara khusus kesediaan mentor mengamalkan komunikasi terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal tidak berupaya membantu meningkatkan psikososial menti dalam organisasi kajian. Dapatan ini mungkin telah dipengaruhi oleh hakikat bahawa kepelbagaian dan kerencaman latar belakang peribadi dan sosial responden menyebabkan responden mempunyai penilaian dan pertimbangan yang berbeza terhadap keupayaan mentor melaksanakan gaya komunikasi ini dalam program pementoran. Read less

      Journal Article  |  Full Text Online

    2. Analisis SWOT Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Satu Kajian Kes 2005

      Sany Sanuri Mohd Mokhtar; Zahari, Mohamed; Mohd Rizal Razalli; Arshad, Rozita

      International Journal Of Management Studies (Kedah, Malaysia), Vol. 12, Issue 1, p. 117.

      Artikel ini menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Organisasi FAMA Negeri Kedah telah dipilih sebagai responden dalam kajian kes... Read more

      Artikel ini menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Organisasi FAMA Negeri Kedah telah dipilih sebagai responden dalam kajian kes ini. Hasil penganalisaan mendapati pengurusan komunikasi pemasaran FAMA Kedah boleh dipertingkatkan lagi. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh FAMA Negeri Kedah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti promosi atau komunikasi pemasaran di negeri ini. Masalah-masalah yang telah dikenal pasti ialah amalan komunikasi pemasaran yang kurang berkesan, kesukaran menembusi pasaraya-pasaraya utama, bekalan dan kualiti produk yang tidak seragam daripada pengusaha industri kecil sederhana, dan kebergantungan agensi ini kepada ibu pejabat terutama dari segi sumber kewangan dan dasar yang telah ditetapkan. Penyelidik telah menjalankan analisis SWOT dan memberi beberapa strategi dan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Di antara cadangan-cadangan yang telah diberikan termasuklah menjalankan program komunikasi pemasaran bersepadu, melaksanakan strategi promosi jualan dagangan, membuat perancangan dan mengawal prestasi pengusaha-pengusaha IKS, latihan kepada para pekerja dan menjana sumber kewangan sendiri. Read less

      Journal Article  |  Full Text Online

    3. WACANA RAJA DAN RAKYAT: POLA KOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL 2023

      Abu Hasan, Siti Sarah Nurul Liyana; Sukimi, Mohamad Fauzi

      E Bangi : Journal Of Social Sciences And Humanities, Vol. 20, Issue 1.

      Artikel ini mengupas bagaimana penggunaan media sosial sebagai media massa menghasilkan pertembungan tafsiran antara keterikatan feudalisme dan kebebasan demokrasi sekali gus mempengaruhi bentuk ko... Read more

      Artikel ini mengupas bagaimana penggunaan media sosial sebagai media massa menghasilkan pertembungan tafsiran antara keterikatan feudalisme dan kebebasan demokrasi sekali gus mempengaruhi bentuk komunikasi antara raja dan rakyat. Dengan menggunakan teori culturalist, satu kajian kes pada laman media sosial milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilakukan bertujuan untuk mendiskripsi pola mesej dan simbolik yang dimuat naik oleh KDYMM Tunku Azizah dengan menggunakan pendekatan authority-defined, serta maklum balas masyarakat menerusi perspektif everyday-defined mereka. Data-data daripada media sosial dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif, iaitu, teknik emik dan etik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik pada isi kandungan berbentuk sosiopolitik, manakala komunikasi pada isi kandungan berbentuk sosioekonomi dan sosiobudaya adalah harmoni. Hasil kajian juga mendapati bahawa bentuk komunikasi di media sosial adalah komunikasi dua hala yang merangkumi komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Daripada segi emperikal, kajian menyumbang kepada penemuan bentuk baharu komunikasi antara kerabat diraja dan rakyat seiring dengan perubahan zaman. Kajian juga mengembangkan lagi teori culturalist apabila membuktikan bahawa penerima mesej bukan sahaja aktif dan mampu membina tafsiran sendiri, malah mampu mempengaruhi pemberi mesej. Kajian juga membuktikan kajian kualitatif analisis kandungan media sosial memberikan data lebih tulen kerana ia tidak dipengaruhi oleh pengkaji serta berlaku dalam persekitaran dan masa sebenar. Kajian ini juga mengisi kelompongan dalam wacana ilmu dengan menambah pandangan sosiologi media dalam timbunan kajian-kajian kesultanan Melayu. Read less

      Journal Article  |  Full Text Online

    See all 122 article results

    Books & Media

    No books & media results found for Kajian komunikasi

    Try a different search for books & media

    Try a different search for books & media


    Other Ways to Find Articles

    Journals

    1. Kajian Malaysia

    2. Medkom: Jurnal Media dan Komunikasi

    3. Malaysian agricultural research

    See 3 journal results


    Get Help

    We didn't find any staff who match your query, but know that we're here to help.

    Ask Us (chat, text, email)

    Search the Libraries' Staff Directory

    Information About the Libraries

    Our Website

    No website results found for Kajian komunikasi

    Try a different search on our website

    Try a different search on our website